Wednesday, December 24, 2008

Ani, usahawan wanita ceburi industri kecantikan











ANI, USAHAWAN WANITA CEBURI INDUSTRI KECANTIKAN
Oleh ABD.NADDIN HJ.SHAIDDIN


BOLEHKAH kecantikan menjadi satu bentuk perniagaan? Industri yang boleh membangunkan ekonomi masyarakat terutamanya golongan wanita di negeri ini. Apakah makna kecantikan bagi seorang wanita? Pentingkah kecantikan itu dalam kehidupan seorang insan bernama manusia. Pertanyaan-pertanyaan itu mungkin tidak perlu ditanyakan jika anda berkunjung ke NUVIS Sabah dan bertemu dengan pengurusnya Ani M.Ridzuan.

Ani merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam industri kecantikan di negeri ini. Nuvis Sabah pula merupakan satu-satunya pusat swasta bumiputera tunggal yang diberi pentauliahan untuk mengendalikan kursus latihan juru kecntikan dan pendandan rambut yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) sejak tahun 2002.

Nuvis Sabah ditubuhkan kira-kira 11 tahun yang lalu ketika bidang kecantikan masih belum berkembang seperti sekarang.

"Tujuan kami ialah untuk melatih lebih ramai lagi bumiputera untuk meraih peluang-peluang pekerjaan yang kini banyak terdapat dalam industri kecantikan seperti dandanan rambut, andaman dan keusahawanan," kata Ani ketika ditemubual Utusan Borneo.

Beliau mengakui bahawa penyertaan golongan bumiputera dalam industri kecantikan di negeri ini masih kurang. Industri kecantikan masih menjadi monopoli golongan bukan bumiputera.

"Sebenarnya tidak ramai bumiputera yang menceburi bidang ini padahal ia menjanjikan prospek yang menarik," katanya. Ani mungkin satu satu-satunya usahawan wanita bumiputera yang berjaya dalam industri kecantikan di ibu negeri. Beliau telah membuka sebuah pusat kecantikan di Tingkat 3, Centre Point Sabah dan merupakan sebuah Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Nuvis Sabah kini menjalankan Kursus Pendandan Rambut Tahap 1,2 & 3 dan Juru Kecantikan Tahap 1 dan telah dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Selain persijilan SKM, Nuvis Sabah juga ada menjalankan kursus-kursus diploma yang lain bagi Kursus Dandanan Rambut, Juru Kecantikan dan Andaman Pengantin yang diadakan selama tiga bulan.

"Kursus ini lebih mengutamakan konsep `concise' atau `on-the-job course' agar para penuntut mempelajari ilmu kemahiran ini dengan lebih singkat dan padat tapi masih menepati standard yang ditetapkan," katanya.

Selain daripada itu, Kursus-kursus jangka pendek turut diadakan seperti rawatan muka dan solekan selama 2 minggu hingga 1 bulan. Kursus Keusahawanan juga diadakan untuk memberi pendedahan awal berkenaan dunia perniagaan serta selok-belok pengurusan bagi penuntut yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ini.

Berkat kegigihan dan ketabahannya, Nuvis Sabah yang telah beroperasi sejak 1996 telah membuka cawangannya yang terletak di Lot 6,7 dan 8, Tingkat 2, Bangunan Sadong Jaya, Kota Kinabalu Sabah.

Cawangan ini lebih berbentuk sekolah atau pusat latihan yang lebih besar lengkap dengan pejabat, bilik teori, bilik rawatan muka/solekan, bilik dandanan rambut, bilik penginapan (hostel), tandas, `pantry' dapur dan dewan makan. Ianya boleh menampung seramai 30 orang pada satu-satu masa. Cawangan ini dikenali sebagai Institut Kecantikan Nuvis Sabah dan telah memulakan operasinya pada bulan September 2007.

"Sekolah ini telah memulakan sesi pembelajarannya dengan mengambil seramai 20 orang penuntut tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) bagi Kursus Pendandan Rambut Muda Tahap 1 Mulai September hingga Disember 2007 dan seramai 15 orang penuntut tajaan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) bagi Kursus Solekan Kecantikan Tatarias dan Andaman selama tiga bulan mulai September 2007," katanya.

Penuntut seramai 15 orang bagi Kursus Solekan dan Andaman tajaan JPPS telahpun berjaya menamatkan pengajian mereka pada 30 November dimana Majlis Penyampaian Sijil telah diadakan di Atlantis Waterfront, Kota Kinabalu pada hari yang sama.

Manakala penuntut seramai 20 orang bagi Kursus Pendandan Rambut Muda Tahap 1 pula kini sedang menjalankan `on-the-job training' atau latihan industri mereka di salon-salon yang telah ditetapkan di sekitar Kota Kinabalu. Ketika hari perayaan, permintaan dari salon-salon untuk mendapatkan penuntut menjalankan latihan industri di tempat mereka amat menggalakkan malah pihak Nuvis kekurangan penuntut untuk menampung permintaan dari salon-salon itu, katanya.

Ramai di antara penuntut-penuntut itu telah ditawarkan pekerjaan. "Ini adalah berkat ilmu yang dituntut di Nuvis Sabah yang telah digunapakai dengan amat berkesan dimana kesemua penuntut telah menampakkan kemahiran, ketrampilan serta keyakinan mereka ketika menjalankan kerja di salon-salon berkenaan.

Pihak Nuvis Sabah akan memulakan sesi pengambilan penuntut mulai 10 Januari 2008 bagi kesemua kursus-kursus yang ditawarkan. "Nasihat kami, penuntut hendaklah memastikan agar mengambil kursus-kursus kemahiran ini daripada Pusat Latihan Bertauliah JPK sahaja agar persijilan mereka diitiraf oleh kerajaan".

Nuvis Sabah sebenarnya telah melahirkan lebih 500 graduan mahir sejak ia beroperasi kira-kira 11 tahun lalu.Sambutan orang ramai terutamanya para pelanggan amat menggalakkan. malah ramai di kalangan para selebriti yang pernah menggunakan khidmat pakar kecantikan di Nuvis Sabah di premis mereka di Centre Point.

Antaranya penyanyi rock yang tidak asing lagi, Amy Search, Awie, pelakon Kartina Aziz, Angeline Tan, Ridzuan Hashim, Didie Alias, Wahid Senario dan sebagainya.

Bahkan tokoh-tokoh pemimpin seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Nazri Aziz, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr.Yusof Yakub dan beberapa pemimpin lain pernah berkunjung ke Nuvis Sabah.

Pusat kecantikan ini juga telah menarik minat pelancong dalam dan luar negara antaranya dari Korea, Jepun, Taiwan, Eropah dan Australia yang tertarik dengan keunikan Nuvis Sabah yang lain daripada yang lain.

Jika dilihat dari segi pencapaian, Ani memberitahu kebanyakan penuntut yang pernah belajar di Nuvis Sabah kini telah membuka perniagaan masing-masing.

Selain menimba pengalaman, penuntut kami juga didedahkan dengan suasana dan alam pekerjaan. Pendedahan ini akan meningkatkan lagi keyakinan diri para penuntut untuk menghadapi dunia pekerjaan apabila tamat pengajian mereka.

"Kebanyakan penuntut yang telah tamat pengajian telah membuka perniagaan masing-masing di seluruh negeri. Bagi penuntut yang ingin berniaga pula, kami juga memberi latihan, bimbingan dan juga khidmat konsultan dan kaunseling di dalam bidang keusahawanan agar perniagaan mereka berdaya maju," katanya.
.
Ani mengakui bahawa memang banyak cabaran dan rintangan ketika mengendalikan Nuvis Sabah, tetapi beliau berasa beruntung kerana mendapat khidmat nasihat, dorongan, sokongan dan bantuan suaminya, Kamar Hisham untuk mengendalikan pengurusan Nuvis Sabah.

Selain itu, beliau berasa bertuah kerana memiliki kakitangan yang mahir, berdedikasi dan menjalankan tugas dengan penuh komitmen.

Menurut Ani, tenaga pengajar Nuvis Sabah merupakan pakar di dalam bidang masing-masing sama ada dari segi akademik mahupun kemahiran yang tinggi. Mereka inilah yang diberi tanggungjawab untuk melatih bakal graduan untuk mahir dan trampil di dalam bidang yang diceburi.

"Kami berharap para penuntut sekalian dapat memanfaatkan segala ilmu pengetahuan yang telah dipelajari selama ini. Usah sia-siakan ilmu yang telah ditimba selama ini. Semoga mereka cekal, yakin berdisiplin, sabar dan bijak ketika menghadapi dunia sebenar kelak," katanya.

Nuvis Sabah amat berharap akan dapat membantu negara dalam melahirkan lebih ramai modal insan yang berkemahiran dan berketrampilan agar mampu menjadi masyarakat yang maju serta berdaya saing dalam dunia globalisasi demi menyahut seruan kerajaan ke arah masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sunday, December 14, 2008

ASEF DISARAN TAMBAH BILIK DARJAH SIBER

Jessica Yom
ASEF DISARAN TAMBAH BILIK DARJAH SIBER

KOTA KINABALU: Yayasan Asia Eropah (ASEF) dicadang agar menambah bilangan bilik darjah siber supaya kerjasama lebih erat dapat dijalinkan di kalangan negara anggota.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, ini kerana bilik darjah siber masih lagi belum diwujudkan sepenuhnya di negara-negara anggota sama ada di Asia atau Eropah.

"Dengan bertambahnya bilik darjah siber ini, lebih banyak kerjasama dapat dillakukan, setakat ini, kita telah pun menerima 27 cadangan untuk menjalin kerjasama atau projek," katanya ketika berucap pada Persidangan Bilik Darjah Asia Eropah (AEC-NET) 2008 kali ke-7 di sini.

Sebelum ini, ASEF melalui persidangan itu, menjalankan kerjasama dengan sekolah-sekolah menengah di Asia dan Eropah bagi meningkatkan kaedah pembelajaran dan hubungan kebudayaan.

Bilik darjah siber telah dimulakan sebelum ini untuk meningkatkan jaringan kerjasama dan perkongsian maklumat.

Alimuddin berkata, dengan adanya bilik darjah siber, sesi dialog, kerjasama atau projek yang dilaksanakan bersama akan bertambah mudah dan cepat walaupun melibatkan banyak negara sekali gus.

Mengenai persidangan tersebut, beliau berkata, banyak manfaat atau pengalaman baru yang boleh dipelajari oleh negara-negara anggota dengan bertukar-tukar idea dan fikiran.

Katanya, persidangan itu akan memberi peluang kepada warga pendidik dan juga pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai cara-cara menggunakan teknologi maklumat (ICT) dalam pelajaran secara berkesan.

Sementara itu, Ketua ASEF Malaysia, Datuk R.Vengadesan memberitahu, seramai 12,000 pelajar sekolah menengah dari negara anggota telah terlibat dalam pelbagai kerjasama dan projek secara dalam talian sejak 1998.

Jelasnya, jumlah tersebut melibatkan 500 buah sekolah menengah dari 36 buah negara Asia dan Eropah.

Sunday, November 30, 2008

Mengkabong houses face hige tide threat







Mengkabong houses face high tide threat
by Abd Naddin Hj Shaiddin



TUARAN: For the last 10 years, residents of Kampung Nelayan in Mengkabong near here have had to endure a daily routine--when the tide rises, their houses ara submerged in water, sometimes up to two feet deep.

Some 50 households in the water village, one of the state's oldest and biggest, face this ordeal daily, but they just endure it as they have no choice.

"Every time the tide comes ini, the water will enter our houses, and sometimes it can be two feet deep.

"We have to wait for the water to subside, and can only go to bed at two or three in the morning," said Mohd Zain Mal, 46.
Mohd.Zain said the villagers are forced to sit in their chairs with their feet wet while waiting fot the water to recede.There is not much they can do as they do not have land or houses on higher ground to escape to, he added.

Once, he said, he woke up to find the water had reaches his knees, much to the amusement of the children.

One of his children recently graduated ini economics from University Malaysia Sabah.
"We hope our lives will get better," he said recently.

Another resident, Osman Biut, said every night, the villagers have to wait for the tide to recede before they can go to bed.
"Sometimes, the fish would enter the houses, and the children would have fun catching them," he added.

While valuables have to be kept higher, household appliances would be submerged in water at high tide, he added.

The problem, he said, started some 10 years ago whe the pillars of their houses slowly sank into ground, so that houses that were five feet above water lever were now only two feet above it.

Meanwhile, Rosli Muin,37, appealed to Government to provide the villagers with new houses.

Being artisanal fishermen, the villagers do not earn much. According to Rosli, they typically get RM20 when they go out to sea, and that is before the cost of fuel, which comes to around RM10, is factored in.

In bad weather, they sometimes come back empty-handed, he said, while the fish traps they set in the sea last only a week before they are destroyed by trawlers enroaching into their area.
Kampung Buansa Village Development and Security Committee (JKKK) Secretary, Tair Haji Mohd Nordin, 51, said besides Kg Nelayan and Kg Buansa, the villages in Mengkabong affected by the tide are Kampung Tembilok, Kampung Mempelam, Suang Kumaan, Gerinsing,Pesurun,Jembulang, Dombi and Separuk.

Tair expressed hope that the Goverment would expedite the implementation of the PPRT housing scheme for the hardcore ppor it promised earlier.

"However, we are happy that Rural and Regional Development Minister, Tan Sri Muhammad Muhd Taib come to visit Mengkabong and approved an allocation of RM40 million for the construction of 1,000 houses," he said.
-The Borneo Post, Monday December 1, 2008

Saturday, November 15, 2008